Kuiz Ramadhan 1431H

Surau al-Islah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat menganjurkan Kuiz Ramadhan 1431H sempena bulan Ramadhan tahun ini. Pihak ISMA menyediakan soalan kuiz, memeriksa jawapan dan menentukan pemenang. Manakala pihak surau pula menyediakan hadiah kepada para pemenang. Terdapat 3 hadiah utama;pertama, kedua dan ketiga, serta 7 hadiah saguhati. 5 hadiah lagi disediakan untuk cabutan bertuah.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Ogos 2010. Borang penyertaan hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang disediakan oleh pihak surau.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 30 Ogos 2010 (Isnin) selepas solat tarawih.

. Bookmark the permalink.

Leave a Reply