KUIZ RAMADHAN AL-MUBARAK 2011




Muat Turun Soalan Kuiz Ramadan (.pdf)

Muat Turun Soalan Kuiz Ramadan (.docx)




Berikut merupakan cara memuat-turun soalan kuiz menggunakan pautan diatas:

1. Klik pada pautan diatas
2. Pautan akan membawa anda ke google docs
3. Klik pautan "File" pada menu atas sebelah kiri
4. Akhir sekali klik "Download original"

2 Comments

Sunathon 2010




Alhamdulillah pada 21 November 2010 (Ahad), program Sunathon anjuran bersama antara Ikatan Muslimin Malaysia, IMedik Selangor dan Surau al-Islah, Taman Kajang Mewah telah berjaya dilangsungkan. Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan perarakan anak-anak yang diraikan diringi pasukan kompang Rukun Tetangga Kajang Mewah sekitar kawasan Surau al-Islah, diikuti dengan ucapan alu-aluan, kemudian jamuan makan beradat bagi meraikan seramai 12 orang anak-anak yang terlibat. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan majlis bersiram. Seterusnya proses berkhatan dilakukan di Klinik Maha, di Kampung Sungai Ramai Dalam. Semoga majlis atau program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Untuk melihat gambar:

Link 1

Link 2

Link 3

Leave a comment

Kuiz Ramadhan 1431H

Surau al-Islah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat menganjurkan Kuiz Ramadhan 1431H sempena bulan Ramadhan tahun ini. Pihak ISMA menyediakan soalan kuiz, memeriksa jawapan dan menentukan pemenang. Manakala pihak surau pula menyediakan hadiah kepada para pemenang. Terdapat 3 hadiah utama;pertama, kedua dan ketiga, serta 7 hadiah saguhati. 5 hadiah lagi disediakan untuk cabutan bertuah.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Ogos 2010. Borang penyertaan hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang disediakan oleh pihak surau.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 30 Ogos 2010 (Isnin) selepas solat tarawih.

Leave a comment

Gotong Royong

Pada hari ini, 1 Ogos 2010, Surau al-Islah, Taman Kajang Mewah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak.

Leave a comment

Jadual Pengajian dan Khutbah Surau al-Islah Jun 2010


Kuliah Maghrib
1 Jun 2010 (Selasa): Ustaz Hasnan Kasan (Memahami al-Quran)
4 Jun 2010 (Jumaat): Ustaz Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusof (Akhlak)
5 Jun 2010 (Sabtu): Hj Ahmad Bustamam Hashim
6 Jun 2010 (Ahad): Ustaz Hj Ibrahim Muhammad (Tasauf)
7 Jun 2010 (Isnin): Ustaz Mohd Saim Ithnin (al-Azkar)
8 Jun 2010 (Selasa): Ustaz Hasnan Kasan (Memahami al-Quran)
9 Jun 2010 (Rabu): Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani (Muamalat)
11 Jun 2010 (Jumaat): Ustaz Anwar Fakhri Omar (Hadis)
12 Jun 2010 (Sabtu): Hj Ahmad Bustamam Hashim
13 Jun 2010 (Ahad): Ustaz Zainal Arifin Sharbini (Akidah)
14 Jun 2010 (Isnin): Ustaz Abd Rahman Abd Halim (Minhajul Abidin)
15 Jun 2010 (Selasa): Ustaz Hasnan Kasan (Memahami al-Quran)
18 Jun 2010 (Jumaat): Ustaz Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusof (Akhlak)
19 Jun 2010 (Sabtu): Hj Ahmad Bustamam Hashim
20 Jun 2010 (Ahad): Ustaz Hairul Azman Masdar (Hayatus Sohabah)
21 Jun 2010 (Isnin): Ustaz Mohd Saim Ithnin (al-Azkar)
22 Jun 2010 (Selasa): Ustaz Hasnan Kasan (Memahami al-Quran)
23 Jun 2010 (Rabu): Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani (Muamalat)
25 Jun 2010 (Jumaat): Ustaz Anwar Fakhri Omar (Hadis)
26 Jun 2010 (Sabtu): Hj Ahmad Bustamam Hashim
27 Jun 2010 (Ahad): Ustaz Rosli Mokhtar
28 Jun 2010 (Isnin): Ustaz Abd Rahman Abd Halim (Minhajul Abidin)
29 Jun 2010 (Selasa): Ustaz Hasnan Kasan (Memahami al-Quran)

Kuliah Subuh hari Ahad
6 Jun 2010: Ustaz Shafie Ngah
13 Jun 2010: Ustaz Rosli Mokhtar
20 Jun 2010: Ustaz Zainal Arifin Sharbini
27 Jun 2010: Ustaz Shafie Ngah

Kuliah Muslimat (Ahad Pagi 10.00 pagi - 11.30 pagi)
6 Jun 2010: Ustaz Nasir Wahab (Hadis)
13 Jun 2010: Tiada
20 Jun 2010: Ustaz Nasir Wahab (Tafsir)
27 Jun 2010: Ustaz Nasir Wahab (Hadis)

Khutbah Jumaat
4 Jun 2010: Ustaz Dr Nik Mohd Rahimi Nik Yusof
11 Jun 2010: Hj Ahmad Bustamam Hashim
18 Jun 2010: Ustaz Anwar Fakhri Omar
25 Jun 2010: Ustaz Nasir Wahab

Leave a comment

Mesyuarat Agung Surau al-Islah, Taman Kajang Mewah

Mesyuarat khas pencalonan ahli jawatankuasa surau al-Islah telah diadakan pada 25 Mac 2010 lalu. Melalui mesyuarat tersebut beberapa orang ahli jamaah telah dicalonkan untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa surau al-Islah yang baru bagi sesi 2010-2013 akan datang. Semoga mereka yang terpilih dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya dengan bantuan daripada semua ahli kariah bagi memakmurkan surau secara bersama.

Leave a comment