Archive for Ogos 2010

Kuiz Ramadhan 1431H

Surau al-Islah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat menganjurkan Kuiz Ramadhan 1431H sempena bulan Ramadhan tahun ini. Pihak ISMA menyediakan soalan kuiz, memeriksa jawapan dan menentukan pemenang. Manakala pihak surau pula menyediakan hadiah kepada para pemenang. Terdapat 3 hadiah utama;pertama, kedua dan ketiga, serta 7 hadiah saguhati. 5 hadiah lagi disediakan untuk cabutan bertuah.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Ogos 2010. Borang penyertaan hendaklah dimasukkan ke dalam peti yang disediakan oleh pihak surau.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 30 Ogos 2010 (Isnin) selepas solat tarawih.

Leave a comment

Gotong Royong

Pada hari ini, 1 Ogos 2010, Surau al-Islah, Taman Kajang Mewah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak.

Leave a comment